Thursday, November 8, 2012

MAHU

mengangkat diri bangkit
tegak berdiri
rasanya
kepala lutut ni dah tercabut
ambik plaster
kain anduh pun dirembat
batang besi
tak lupa juga
tusuk ke dalam daging
sebagai penampung 
agar jasad kembali tegak

tapi masih ada yang tertinggal
pasti
sangat pasti
tapi apa?
itu tak pasti

mahu
yang dulu
kuat
tegak
tidak lemah
seperti kini

mana? 
mana yang dulu?
hilang mungkin?
mana?

ilusi bukan?
memikirkan diri bahagia 
suatu hari kelak

pastinya ilusi
terlalu lama dinanti
masih tidak hadir
ilusi itu menyemakkan kepala

salah ke?
tak kan?
berimaginasi
menginginkan sesuatu yang pasti

mahu
yang dulu
agar boleh
dibawa
ke dalam hati
pasti
tidak begini lagi....

Wednesday, November 7, 2012

AKU KELU

sudah dijangka 
aku tidak separa
dengan mereka semua
aku tertera seperti
tidak sepatutnya 
berada di sini

termaktub di dalam hati
semua ini hanya ilusi 
menipu diri
kononnya aku mampu
melangkaui mereka

walhal
aku?
mungkin tak mampu
terlalu tinggi 
untuk digapai 
imaginasi diri

otak melayang
mulut melalut
aku mahukan sesuatu 
yang tepat konklusinya
yang hipotesisnya pasti
kenapa?

aku kelu
mungkin mereka dihantar oleh UFO
ke bumi
bagi mencabar manusia
untuk menjadi seperti mereka
otak yang sangat luar biasa

aku kelu
mungkin juga mereka dicipta oleh Illahi
memastikan anggota duniawi 
terus membentuk diri
ke jalan yang diredhai

p/s: it's all about my SBP ranking yang teruk bebenor tuh.