Sunday, December 2, 2012

PEMBERONTAKAN

Perasaan
Adakah itu milik kau seorang?
Bukankah ia milik semua?
Kurniaan Ilahi
diberi secara purata
tiada yang kurang tiada yang lebih

Kini
Kau beraksi seperti sebuah drama swasta
Di hadapan kami semua
Yang aku rasa tak pernah ada episod finale nya
Apakah ini penerbitan terbaik 
Yang kau pernah hasilkan?

Kau jangan ingat
Kami ini 
BUTA
Tak nampak segala apa yang kau lakukan

Aku rasa 
Kau yang BUTA
Mata memang dah sedia ada
Tapi tak nampak
Bukan rabun
Tapi BUTA

BUTA HATI
Kau tak pernah sekali pun menanyakan perasaan kami
Apa yang kami rasakan
Kau hanya memikirkan perasaan kau
Keinginan kau
Kemahuan kau
Kebahagiaan kau
Memang semua kau punya

Tolonglah
Jangan memaksa keadaan menjadi lebih buruk
Cukuplah
Cukuplah dengan segala perkataan kau
Perlakuan kau
Yang kononnya
Ingin mencari keamanan
Tetapi sebenarnya
Hanya satu lakonan
Untuk kau dapat apa yang kau mahukan bukan?

Mungkin kami tidak setanding dengan kau
Ya, kami tahu itu
Tetapi kami masih mempunyai PERASAAN
Yang Allah beri
Yang bukan hanya milik kau!

Cubalah
Duduk
Fikirkan
Selama ini kami hidup
Pernahkah kau benar-benar 
Perhati 
Dalami
Kenali 
Kami?

Jangan fikir
Wang ringgit
Itu lah tanda kebahagiaan
Itu salah
Kami hanya perlukan
Perhatian kau
Kau
Kau yang besarkan kami
Tapi aku rasa 
Kami masih tidak dapat
Apa yang kami benar-benar mahukan
PERHATIAN

Kami mungkin tidak pernah tunjuk
Paparkan 
Pada kau
Betapa kami terluka
Dengan sikap kau

Kami hanya mampu senyap
Lihat
Dengar
Segala caci maki kau
Segala perkataan keji kau
Sehinggakan aku rasa 
Aku dah mulai kebal
Tak pernah aku hiraukan benda itu semua
Dah macam rutin harian

Dan jangan kau hairan 
Kalau kami
Tidak menjadi seperti apa yang kau mahukan
Kerana kami dibesarkan dengan segala haram jadah itu semua

Ini bukan satu cemuhan
Ini cuma satu luahan
Yang aku dapat lakukan
Sebagai teguran 
Kepada kau
Yang aku amat sayangi

Dengarlah luahan hati kami
Lihatlah keperitan dalam mata kami 
Cubalah dalami isi hati kami
Sebelum kami menjadi pemberontak
Dalam hidup ini...


Thursday, November 8, 2012

MAHU

mengangkat diri bangkit
tegak berdiri
rasanya
kepala lutut ni dah tercabut
ambik plaster
kain anduh pun dirembat
batang besi
tak lupa juga
tusuk ke dalam daging
sebagai penampung 
agar jasad kembali tegak

tapi masih ada yang tertinggal
pasti
sangat pasti
tapi apa?
itu tak pasti

mahu
yang dulu
kuat
tegak
tidak lemah
seperti kini

mana? 
mana yang dulu?
hilang mungkin?
mana?

ilusi bukan?
memikirkan diri bahagia 
suatu hari kelak

pastinya ilusi
terlalu lama dinanti
masih tidak hadir
ilusi itu menyemakkan kepala

salah ke?
tak kan?
berimaginasi
menginginkan sesuatu yang pasti

mahu
yang dulu
agar boleh
dibawa
ke dalam hati
pasti
tidak begini lagi....

Wednesday, November 7, 2012

AKU KELU

sudah dijangka 
aku tidak separa
dengan mereka semua
aku tertera seperti
tidak sepatutnya 
berada di sini

termaktub di dalam hati
semua ini hanya ilusi 
menipu diri
kononnya aku mampu
melangkaui mereka

walhal
aku?
mungkin tak mampu
terlalu tinggi 
untuk digapai 
imaginasi diri

otak melayang
mulut melalut
aku mahukan sesuatu 
yang tepat konklusinya
yang hipotesisnya pasti
kenapa?

aku kelu
mungkin mereka dihantar oleh UFO
ke bumi
bagi mencabar manusia
untuk menjadi seperti mereka
otak yang sangat luar biasa

aku kelu
mungkin juga mereka dicipta oleh Illahi
memastikan anggota duniawi 
terus membentuk diri
ke jalan yang diredhai

p/s: it's all about my SBP ranking yang teruk bebenor tuh.